Artical


 SIKAP MALAS
·         - Ingat sasaran dan matlamat diri
·         - Amalkan kerja teknik 10 minit
·          -   Banyak membaca bahan motivasi
·         - Susun dan mudahkan jadual anda
·          - Rehat dan tidur yang cukup
·          - Bersenam dan beribadah
·         - Berkawan dengan orang yang positif
·         - Amalkan teknik pernafasan

“Malas berpunca daripada rasa terlalu selesa dengan keadaan semasa. Untuk keluar dari zon selesa ini, kita akan rasa berat dan sukar”
Mohammad Hadi Mohammad Hafiz
(Pakar Khidmat Bimbingan Kaunseling & Pemulihan Peribadi)

  
           Untuk  mengetahui cara membuang penyakit malas, kita perlu faham mana datangnya sikap itu. Mohammad Hadi Mohammad Hafiz daripada Pakar Khidmat Bimbingan Kaunseling & Pemulihan Peribadi - “ini adalah normal bagi semua orang. Setiap kali bila keluar dari zon selesa, secara psikologi diri sendiri akan menarikkan kita kembali ke zon selesa” katanya.

Namun begitu zon selesa manusia sering berubah. Apa yang perlu dilakukam adalah keluar dari zon selesa itu secara sedikit dan pegang keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa itu akan mengubah mengikut keadaan semasa baru.

“kita perlu paksa diri keluar dari zon selesa secara perlahan. Sebagai contoh, selama ini kita tidak suka membaca buku, cuba pupuk diri membaca selama 30 minit setiap hari. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda berada pada tahap 30 minit membaca. Apa yang perlu anda lakukan adalah ulang langkah sehingga mencipta zon selesa yang baru”

(Sumber : MINDA 4-7 Mei 2010)


--------------------------

 

SEKOLAH Integriti telah ditubuhkan pada April 2008 secara kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia.



Sekolah Integriti ini beroperasi di enam buah penjara mengikut zon seperti berikut;



i. Sekolah Integriti Kluang [Penjara Kluang, Johor] - Zon Selatan


ii. Sekolah Integriti Kajang [Penjara Kajang, Selangor] - Zon Tengah

iii. Sekolah Integriti Marang [Penjara Marang, Terengganu] - Zon Timur

iv. Sekolah Integriti Sungai Petani [Penjara Sungai Petani, Kedah] - Zon Utara

v. Sekolah Integriti Puncak Borneo [Penjara Kuching, Sarawak] - Zon Sarawak

vi. Sekolah Integriti Kota Kinabalu [Penjara Kota Kinabalu, Sabah]- Zon Sabah

Terdapat juga dua buah Sekolah Henry Gurney yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

Kedua-dua buah sekolah telah beropreasi sejak tahun 1950-an lagi.

Kesemua sekolah ini telah didaftarkan sebagai sekolah kerajaan pada Januari 2011.

Kesemua sekolah ini menjalankan aktiviti seperti mana sekolah kawalan penuh Kementerian Pelajaran dan membenarkan setiap pelajar yang berdaftar di sekolah ini untuk menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

-Sumber : Utusan-

--------------------------






BUKANLAH hendak mengata, tapi aku inikan ibu saudara mereka, tak bolehkah jemput menggunakan mulut mahupun datang ke rumah dengan cara yang lebih terhormat. Ini gunakan facebook pulak. Ibunya pun sama... tak pandai langsung nak undang kita dengan cara yang lebih sopan."



Demikian keluhan seorang rakan sepejabat bagaimana keluarganya diundang ke majlis perkahwinan anak buahnya dengan hanya melalui laman sosial facebook.


Jika difikirkan ada betulnya juga rungutan tersebut.

Hakikatnya dalam masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan tatasusila, tatacara mengundang ke majlis perkahwinan atau majlis kenduri-kendara dilakukan dengan lebih bersopan.

Seelok-eloknya bersemuka, kalau tinggal berjauhan mungkin boleh diucapkan menerusi talian telefon kemudian disusuli dengan kad undangan.

Rasanya undangan menerusi laman sosial facebook seperti itu hanya sesuai dilakukan untuk menjemput rakan-rakan yang jauh, sama sebaya atau sekadar pemberitahuan.

Dahulu beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan diadakan ibu bapa mempelai biasanya akan 'turun padang' menjemput saudara-mara baik yang dekat mahupun jauh memeriahkan majlis.

Namun kini, yang kononnya hubungan dieratkan secara atas talian (online) dan Internet serta laman sosial dan atas faktor kesibukan semua pihak, tata cara serta adab mengundang saudara-mara terdekat mahupun jiran-jiran sekampung turut berubah.

Mungkin pada pendapat masyarakat hari ini, bersusah-payah untuk menjemput tidak lagi relevan cukuplah sekadar memberikan undangan dari jauh melalui kemudahan-kemudahan canggih tersebut.

Menurut juru runding perkahwinan tradisional dari Melaka, Raja Andak Raja Hussin, dalam sesuatu majlis perkahwinan, setiap negeri pasti mempunyai adab tata cara undangan yang berlainan.

Namun katanya, selari dengan arus teknologi moden hari ini serta budaya kerja, cara pemikiran dan sebagainya, semua berkenaan nilai tata cara dan adab kesopanan seolah-olah semakin dipinggirkan khususnya oleh generasi sekarang.

''Kalau di Johor, pada zaman 60-an sehingga 80-an dahulu kalau jemputan tidak kena pada gayanya, orang yang diundang tidak mahu hadir.

''Pada waktu itu kedua ibu bapa mempelai perlu datang ke rumah saudara yang mahu diundang dalam suasana penuh takzim dan bersungguh, tanda memuliakan orang yang ingin diundang ke majlis itu," katanya yang berpengalaman lebih 32 tahun dalam adat-istiadat perkahwinan tradisional.

Katanya, selepas tahun 1990-an transformasi budaya ini telah berubah, cara mengundang tetamu menjadi terlalu ringkas apatah lagi dengan budaya Internet, telefon dan sebagainya.

Raja Andak menambah, urusan undang-mengundang ini ada tertibnya sendiri.

Sewaktu mengundang saudara-mara, bakal pengantin tidak perlu mengiringi ibu bapa mereka kerana ini merupakan urusan 'orang-orang tua'.

Pada mulanya undangan perlu didahulukan kepada waris terdekat seperti kedua ibu bapa, mertua, adik-beradik dan ipar duai.

Seterusnya barulah undangan dipanjangkan kepada saudara-mara dan sepupu, setelah itu sahabat handai yang paling rapat, serta keluarga angkat, kemudian barulah jiran tetangga dan akhirnya kenalan.

Apabila ditanya bagaimana hendak melakukan jemputan terhadap waris terdekat yang berada jauh, menurutnya, talian telefon boleh digunakan sebagai penghubung dan pemberitahuan.

Namun sebelum itu peristiwa pemutus kata mengenai majlis perkahwinan berkenaan telah dikhabarkan terlebih dahulu pada hari pertunangan.

Ini supaya waris berkenaan tahu mengenainya dan tidak terkejut dengan undangan yang datang secara tiba-tiba dan tidak terasa hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

Tambahnya, boleh juga jemputan dilakukan dengan mewakilkan kepada individu tertentu yang membawa hasrat dan hajat jemputan kepada kenalan untuk memudahkan urusan.

''Apabila kita menjemput ke majlis pastikan kita melakukannya dengan berhemah biarpun terhadap adik-beradik sendiri.

''Biarpun ada yang beranggapan adik-beradik sudah mengetahui majlis berkenaan dan tidak perlu mengundang lagi, namun sebutan 'jemputlah' ke majlis...si anu-si anu tu perlu diucapkan sebagai tanda mengundang sesebuah keluarga itu.

''Orang yang tidak dijemput, tidak boleh datang ke majlis perkahwinan, hukumnya haram," katanya.

Raja Andak menambah, sekiranya sesebuah majlis itu menggunakan perunding perkahwinan, urusan jemputan tidak boleh dan tidak berhak dicampuri oleh juru runding berkenaan kerana ia adalah urusan keluarga dan perlu diselesaikan oleh tuan punya majlis.

Sepatutnya kata Raja Andak, adab dalam menjemput ke sesuatu majlis itu perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak agar generasi sekarang tidak membuat urusan jemputan itu sewenang-wenangnya.

''Apabila kita bertandang atas urusan menjemput, tidak kiralah majlis berkhatan, berkahwin, berzanji dan sebagainya , pada waktu itulah kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan saudara-mara .

''Bagi mereka yang diundang pula, memenuhi jemputan bukanlah kerana hendak datang makan semata-mata, sebaliknya kita hadir untuk menunjukkan sokongan dan meraikan tuan punya majlis," katanya.

- UTUSAN -

--------------------------

Pensyarah yang baik

Terdapat berbagai-bagai mitos berkaitan pensyarah atau syarahan. Salah satu daripadanya ialah anggapan bahawa sesetengah orang dilahirkan dengan bakat yang luar biasa untuk bersyarah. Namun sesetengah orang memiliki sifat suka bersama dengan orang lain dan berasa selesa menyampaikan ucapan.



Syarahan yang berkesan adalah lebih kepada kemahiran (skill) berbanding karisma atau penampilan watak. Terdapat beberapa teknik yang boleh membantu seseorang pensyarah untuk menjadikan syarahan mereka lebih menarik.



1. Penerangan sesuatu fakta atau eksperimen yang jelas dan tepat. Bagi mendapatkan penjelasan yang jelas dan tepat, sumber rujukan memainkan faktor penting. Bahan-bahan rujukan yang berkualiti tinggi membantu pensyarah menambahkan kefahaman pelajar mereka dengan cepat.


2. Membaca fakta-fakta berdasarkan tujuan tertentu dengan terperinci. Serta juga contoh-contoh yang khusus dan umum supaya pelajar betul-betul faham. Biarpun mengambil masa, penerangan dapat membantu mewujudkan suasana hendakkan kebenaran, bukanya khabar angin.

3. Susun kerangka maklumat dalam gambaran yang besar. Contohnya, sebelum mengajar sesuatu topik dengan mendalam, berikan penerangan umum topik berkenaan supaya pelajar memahami secara sepintas lalu isu-isu yang akan dibentangkan. Selepas kuliah, nyatakan kembali isu-isu yang telah dibentangkan dalam bentuk ringkasan atau rumusan keseluruhan supaya pelajar tidak tertinggal isi-isi penting yang telah disentuh.

4. Alihkan topik ke topik dalam keadaan tersusun. Kekemasan perpindahan topik ini membantu pelajar melihat pengajaran berkenaan sebagai lancar, padat dan mengelakkan senario ‘menggelabah’ jika terputusnya sesuatu idea.

5. Guna alat-alat bantu mengajar yang sesuai seperti papan putih, slaid, komputer, model dan sebagainya untuk menyenaraikan isi-isi penting dan mempamerkan diagram sebagai pengukuhan.

6. Pastikan maklumat yang disampaikan dapat dilihat dan didengar dengan jelas serta memudahkan pengambilan nota. Sekiranya ada rajah atau jadual yang hendak dibincangkan bersama, helaian (handout) boleh diedarkan.

7. Menjawab soalan dengan baik. Kemahiran menjawab soalan terletak pada keupayaan seseorang pensyarah mengenal pasti kehendak soalan. Namun, biar apa pun jawapan yang diberi, pensyarah mesti memastikan kedua-dua soalan dan jawapan boleh didengari.

8. Guna perkataan-perkataan teknikal dengan betul. Hari ini banyak perkataan yang dipinjamkan dan kadangkala jarang didengar. Pensyarah perlu menerangkan maksud perkataan-perkataan berkenaan dengan betul dan dalam ayat yang mana selalu digunakan.

9. Menceriakan pelajar dan kelas. Nada suara ketika memberi syarahan, menjawab soalan atau meminta penjelasan harus berubah-ubah supaya pelajar tidak berasa bosan dengan diri pensyarah atau topik berkaitan. Suasana kelas boleh diceriakan dengan mempelbagaikan bentuk pengajaran dan tidak membaca skrip. Peribahasa, petikan kata-kata, pantun dan sebagainya boleh digunakan sebagai modal untuk menarik minat pelajar.

10. Kenal pasti keupayaan intelektual pelajar supaya mereka dapat memahami topik dengan mudah. Perkara utama ialah idea dan fakta yang diberikan mempunyai alasan yang kukuh dan nilai akademik.

11. Ucap terima kasih apabila semua sesi syarahan tamat. Walaupun mudah, sekali-skala terlupa juga. Ucapan terima kasih membantu mewujudkan persepsi positif pelajar terhadap keperibadian seorang pensyarah.


--------------------------


Bahasa Inggeris dan mitos pengangguran

 Masa depan bergantung kepada diri mereka sendiri
Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang digunakan dalam persidangan dan mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) di New York. Bahasa-bahasa lain ialah Arab, Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Rusia. Antara bahasa ini, bahasa Inggeris digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang; pendidikan, pengangkutan udara dan perubatan. Oleh kerana penggunaan bahasa Inggeris yang melata, negara-negara membangun dan baru merasai kemerdekaan lebih cenderung menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris.

Kepentingan bahasa ini dalam pendidikan menunjukkan betapa tingginya perhatian kerajaan terhadap kemajuan negara. Ibu bapa yang memahami isu ini cuba menyediakan kemahiran berbahasa kepada anak-anak sejak kecil. Dari awal, anak-anak didedah dan diajar untuk bercakap beberapa istilah biasa dalam bahasa Inggeris. Contohnya, ‘fish’, ‘cat’, ‘car’ dan sebagainya yang mudah disebut. Bagi ibu bapa yang mahir bahasa Inggeris, mereka bercakap bahasa ini sepenuhnya. Bagi yang kurang, mereka sebut apa yang mereka tahu, sekurang-kurangnya dapat juga memperdengarkan istilah-istilah tertentu.

Di sekolah, pendidikan dalam bahasa Malaysia atau bahasa ibunda lebih mudah kerana itulah bahasa yang paling mudah difahami untuk mempelajari ilmu. Malaysia lebih beruntung kerana para pelajar mendapat pendedahan awal dalam bahasa Inggeris. Keadaan amat berbeza di Sudan, sebuah negara yang besar tetapi tidak dapat menyediakan peluang yang besar kepada rakyatnya untuk belajar. Pelajar di sana tidak diberi pendedahan secara formal untuk belajar bahasa Inggeris sehinggalah masuk ke sekolah menengah. Keadaan ini menyebabkan mereka yang berminat untuk belajar ke peringkat lebih tinggi berhijrah ke luar negara dan menguruskan hidup sendiri.

Apa yang berlaku sekarang ialah pelajar di universiti dikatakan kurang mahir dalam komunikasi khususnya berbahasa. Rungutan yang sama diberikan oleh majikan yang merasai bahasa sebagai sebahagian daripada masalah pelajar yang perlu diberi perhatian.

Persoalan yang berlegar dalam minda pelajar ialah kenapa kelayakan mereka tidak banyak membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik? Apakah suatu yang biasa apabila seorang pelajar yang memiliki ijazah kejuteraan dari universiti tiba-tiba ditawarkan kerja sebagai pencari fail? Masa dulu mungkin janggal, namun hari ini, keadaan seperti itu sudah menjadi lumrah. Bukan sahaja jurutera yang perlu bersaing mencari pengalaman kerja, ahli teknologi, pentadbir dan analisis komputer juga kena ‘kaut’ apa-apa kerja yang dapat.

Timbul juga isu majikan yang lebih selesa memilih pelajar lepasan universiti yang mahir berbahasa Inggeris biar pun keputusan peperiksaan tidak begitu cemerlang berbanding pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak boleh bercakap bahasa Inggeris. Situasi ini menunjukkan bahawa komunikasi dan bahasa sangat rapat dengan kecerahan mendapat peluang pekerjaan.

Namun, kita tidak patut memberi persepsi negatif ke atas pelajar yang tidak tahu berbahasa Inggeris ini kerana kemahiran bahasa boleh dipelajari dengan cepat andai pendekatannya adalah betul. Selain bahasa, kemahiran insaniah amat berkesan. Seorang pelajar lepasan universiti yang sedang mencari kerja amat kecewa selepas berusaha mencari kerja di merata tempat. Akhirnya beliau memilih untuk bekerja sebagai pencuci kereta. Pengalaman sebagai pelajar universiti yang mahir dengan kreativiti, pengurusan yang sistematik dan kesedaran terhadap kualiti telah melatihnya menjadi seorang pekerja yang tekun dan tidak cerewet dengan gaji. Berpuluh-puluh kereta dicucinya hinggalah suatu hari dia mencuci sebuah kereta mewah. Tuan punya kereta itu boleh agak sejauh mana tahap pendidikan pelajar tadi dan bertanya sedikit sebanyak latar belakangnya. Di tengah-tengah bahang panas, pelajar tadi sebenarnya mula ditemuduga peringkat awal. Seterusnya beberapa hari selepas itu, dia dipanggil ke pejabat untuk ditawarkan kerja yang sesuai dengan kelayakan akademiknya.

Hakikat kehidupan ini ialah bersedia untuk sabar dalam mencari pekerjaan. Biar pun persepsi masyarakat tentang lepasan universiti yang tidak mahir bahasa Inggeris dikatan punca gagal mendapat pekerjaan, terdapat elemen lain yang menjadi kriteria kepada peluang pekerjaan. Apa gunanya jika berbangga dengan keupayaan bahasa yang tinggi tetapi amalan rasuah dan mengkhianati amanah juga hebat. Apa guna jika bercakap macam air tetapi tidak dapat selesaikan masalah jika diminta untuk selesaikan.

Rumusannya, bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya punca kepada pengangguran sebaliknya kemahiran dan pengalaman kerja yang kurang menyebabkan lepasan universiti tercari-cari pekerjaan yang sepadan untuk mereka.


--------------------------


35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)


--------------------------



3 PERKARA UTAMA PUNCA LUPA 

S : saya mudah lupa apa yang disampaikan oleh guru. Apakah yang menyebabkan saya mudah lupa dan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut?
kenapa kita lupa? kata orang tua-tua, orang yang suka makan kepala ikan mudah lupa. Orang yang meminum air mengandungi semut juga mudah lupa.Benarkah begitu?  Apa sebab lain yang menyebabkan anda lupa?
Mungkin tekanan pelajaran, tekanan di rumah, semua perlu disiapkan?

3 perkara utama yang boleh menyumbang kepada lupa :

1) Mengabaikan solat – Pelajar yang mengabaikan solat samalah seperti mereka yang mengabaikan keperluan solatnya. Ibadat solat merupakan tiang kehidupan seorang muslim, jika diabaikan pelajar melupakan aspek yang paling asas dan penting.  Kalaulah aspek kehidupan penting yang dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
2) Sering bercakap bohong. Pelajar yang berbohong sukar membezakan di antara perkara baik dan buruk.
Pelajar yang berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa mahalan hilang jati diri.
3) Memungkiri janji. Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji ialah lupa. Jadi, pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya kea rah penyakit lupa.
Petua agar ingatan lebih kuat dan bapar bertahan lama dalam aspek pelajaran.
1) Selepas menerima pelajaran, anda perlu mengulangkaji pelajaran dengan lebih kerap agar lebih inagt di dalam ingatan.
2) Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota. Gunakan peta lakar di lukis dan dipetakan. Conteng nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna, ketebalan mata pencil atau pen dan dalam bentuk gambar atau grafik.
4) Gunakan pelbagai jenis carta termasuklah carta aliran, gambar rajah venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
5) Teka dikurangkan, jadikan dalam bentuk gambar dan kata kunci.

Selamat beramal..

--------------------------

[EKSKLUSIF] Sejarah Yang Digelapkan: Dari Lanun Kepada Jeneral


Saya percaya dan saya yakin, apabila disebut Barbarossa, ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun, tahukah kita sebenarnya "Barbarossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah,  iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan  dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Comments: