Sub : Oxygen and Combustion




Oxygen & Combustion / Oksigen dan Pembakaran


(Video : Oksigen diperlukan dalam pembakaran)

     Oxygen & Combustion

- Combustion is burning. It is a process where oxygen reacts with a substance in a chemical reaction to release heat, light and oxygen compounds.
- Unlike respiration which takes place in cells, combustion accurs outside cells.
- Oxygen, heat and fuel are needed for combustion.
             
*********************************************************************************

    Pembakaran

- Pembakaran merupakan suatu proses di mana oksigen bertindak balas dengan sesuatu bahan   dalam tindak balas kimia untuk membebaskan haba, cahaya, dan sebatioan oksigen.
- Berbeza daripada respirasi yang berlaku di dalam sel, pembakaran berlaku di luar sel.
- Oksigen, haba dan bahan bakar diperlukan dalam pembakaran.


********************************************************************************* 

                 PRODUCTS OF COMBUSTION

1.      The products of combustion depend on the substance being burnt.
2.         Carbon dioxide and water are usually  the products of combustion unless the substance contains carbon only.
3.         Table below lists the products of combustion of same substances.


Substance
Products of combustion
Coal, charcoal
Carbon dioxide
Diesel, petrol, kerosene dan natural gas
Carbon dioxide + water
Ether, alcohol
Karbon dioksida + water

  


*********************************************************************************


  PRODUK PEMBAKARAN

       1.  Produk yang terhasil akibat pembakaran bergantung kepada bahan yang di bakar.
2.    Kaarbon dioksida dan air ialah produk yang biasa terhasil akibat pembakaran kecuali jika 
     bahan yang dibakar mengandungi karbon sahaja.
3.   Jadual di bawah menyenaraikan produk pembakaran bagi beberapa bahan.

Bahan
Produk pembakaran
Arang, batu arang
Karbon dioksida
Diesel, petrol, kerosin dan gas-gas asli
Karbon dioksida + air
Ether, alkohol
Karbon dioksida + air



                                       

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 Comments:

ainin sofea said...

Cikgu seperti yang dipelajari di dalam kelas, gas yang terhasil daripada pembakaran juga adalah merbahaya kepada alam sekitar seperti pemanasan global, kemusnahan lapisan ozon dan kepupusan spesis hidupan. bolehkah cikgu jelaskan sekali lagi tentang kesan rumah hijau?

STID 1103 said...

Ya betul tu ainin sofea. Nampaknya kamu telah memahami sub-topik yang telah dipelajari. syabas. Untuk kesan rumah hijau adalah merujuk kepada pemerangkapan haba di dalam atmosfera oleh gas-gas 'rumah hijau' seperti karbon dioksida dan metana. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemanasan global iaitu peningkatan suhu di Bumi. Pemanasan global boleh menyebabkan perubahan iklim yang bakal membawa kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu dan kemarau di tempat-tempat yang lain. Pengcairan ais di kutub utara dan selatan akan mengakibatkan kenaikan paras air laut yag akan membanjiri kawasan tanah rendah pada masa hadapan.

ainin sofea said...

jadi maksudnya penggunaan bahan CFC dalam aktiviti seharian akan menyebabkan masalah ini cikgu?
terima kasih banyak cikgu.

STID 1103 said...

betul tu. penggunaan bahan yang mengandungi CFC akan membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke permukaan bumi dan mengakibatkan pertambahan masalah kesihatan seperti kanser, katarak mata, kekurangan imuniti terhadap penyakit dan mengurangkan hasil pertanian. Oleh itu, cara untuk mengatasinya adalah dengan mengurangkan penggunaan barang yang mengandungi bahan CFC seperti penyembur aerosol dan menggantikan bahan CFC dalam peti ais dengan bahan yang lebih mesra alam sekitar.

sama-sama. belajar rajin-rajin ya..